Kereta mat tak boleh start pagi2 so kena jump bateri. Ironinya sampai je dekat jeti nak park kereta ada plak apek ni mintak tolong jump bateri kereta dia plak haha. Sampai pangkor dah tengahari kami sewa moto untuk jalan2 pulau. Sepanjang jalan tak habis2 dok borak cerita2 waktu outward bound school 2 tahun dulu; kenangan habis. Check in bilik, rehat, petang nak mandi tapi ombak kuat sangat end up naik motor keliling pulau. Bestnya pergi weekedays ni orang lengang je, ade pun pelancong sikit2 dgn group2 motivasi sekolah. Malam pekena seafood dekat pasir bogak yang pergh...thorbaek yop! mmg nak rekomen sgt kalau nak makan seafood kat pangkor pegi la Abe Tomyam harga murah gilak. Dah kenyang memang sedap tido
pangkor hari 2
Bangun pagi dengan harapan nak snokerling. Dan2 pulak snokeling tak nampak apa, air keruh tak macam last time aku tengok Pulau Giam ni yang nampak coral dengan ikan warna-warna dan boleh dipancing dengan roti. Down kejap. Dengan bob sekali lagi ditimpa malang lepas kunci motor sewa hilang semalam, fon baru kena tenggalam air waktu nak turun bot. Tapi duka diubati dengan permainan2 air tipikal lain sampai lebam. Lepas jumaat kami terus balik dengan harapan nak pergi sipadan dgn gopro pulak lepas ni ;P
selamat menjalani ibadah di bulan ramadhan
No comments:
Post a Comment